Wednesday, January 26, 2011

Kedai Makan Pilihan

20julai 2010

"Wehh alia, kau kata mana?"

"Aku kat gerai makan depan kptm, sebelah kedai ibu, dekat tepi jalan selekoh tu"

"kat mana tu?"

"Alaaa. kau jalan je la depan kptm tu, sampai nampak aku."

"zzz.."



20september 2010

"Wehh alia, kau kata mana?"

"Aku kat kedai tepi selekoh tu"

"Kat mana tu?"

"Kau jalan straight sampai jumpa roundabout, ambil pukul 3"

"zzzzz.."



15januari 2011

Mencuri dengar panggilan telefon meja sebelah

"Wehh kau kat mana?"

"Aku kat kedai masuk-masuk ni"

Satu gerai diam mendengar perbualan ini



 ****


20januari 2011

"Wehh alia, kau kata mana?"

"Aku kat kedai masuk-masuk ni"

"Ok, jap lagi aku datang"


 ****


Alhamdulilah, akhirnya selepas 6 bulan dapat juga bagi nama dekat gerai tidak bernama itu Gerai makan depan kptm, sebelah kedai ibu tu.



p/s;teringin nak makan nasi ayam starbuck!

0 comments: