Jumaat yang lepas, aku ada membeli Kit Kat. Kemudian, aku letak dalam kotak kecil sebelah handbag atas meja tulis dalam bilik aku. Motif aku beli Kit Kat, kononnya akan makan bila dah betul-betul lapar. Bila dah darurat. Ecececehhh macam askar la kononnya.
Isnin yang lepas, aku teringat yang aku ada beli Kit Kat. Tapi, bila aku buka kotak tu, Kit Kat dah tak ada. Tension betul aku. Aku dah menyorok punya baik dah tuh. Hilang jugak. Tekanan sungguh. Aku dah suspek, mesti adik aku makan. Ataupun, makcik aku ambil, letak dalam peti ais. *ramai yang suka masuk bilik aku. (ambil bateri jam la, pinjam pen la, pinjam headphone la, dan tidak kurang yang ambil baju kotor. hehe.) Cari punya cari, tak jumpa jugak. Kecewa
Tadi, aku tetap tak puas hati sebab tak jumpa-jumpa Kit Kat aku. Terngiang-ngiang aku dibuatnya. Aku tanya adik aku, ada ke dia makan. Dia jawab "Kit Kat tuh apa?". Ok fine!. Then, cari dalam peti ais. Selongkar bagai. Pasrah akhirnya, still tak jumpa. Last choice, masuk bilik mak.
Alia Cute : Mak ada nampak Kit Kat kat atas meja bilik Alia tak?
Mak : Ohh, Kit Kat. Mak dah makan.
Alia Cute : Mak niiiii
Mak : Dah buang pun (buang air besar)
Alia Cute : (Tak tahu nak cakap apa. Kerana terpaksa untuk terlalu pasrah)
Tak tahu nak menyorok makanan kat mana lagi. Semua tempat kat rumah dah tak selamat. hahaha
p/s;aku jugak yang lapar sekarang!
0 comments:
Post a Comment