Susahnya nak cakap perkara ni. Tapi aku perasan, makin lama aku pendam, makin tak boleh blah rasanya.
Sebenarnya cerita pasal persatuan mahasiswa di Universiti aku. haha. Aku rasa yang komen-komen dekat wall persatuan ni, semuanya macam apa je. Takde langsung nilai semangat, nilai bekerjasama, nilai tolenrasi dalam diri. Aku pernah jadik sebahagian dari persatuan mahasiswa, dan aku juga pernah jadik sebahagian dari pelajar.
Kadang-kadang aku pelik, apa salah persatuan ini sebenarnya? dan sebenarnya bermain di fikiran mereka. Betul-betul buat aku tertanya-tanya. Aku fikirkan sampai ianya menjadi rumit sekali. Bila disuruh jadi perwakilan, tidak mahu pula. Tapi komen dekat wall FB persatuan ini macam apa je. Macam tak boleh nak give and take. Bersyukurla ada pelajar yang ingin dan berani menjadi perwakilan.
Ini adalah antara persoalan yang bermain di fikiranku bila ada masalah tak matang di wall FB perwakilan itu.
i. Ada ke perwakilan ini ambil kesempatan ke atas mereka?
ii. Adakah kebajikan mereka ini diabaikan?
iii. Jika pernah, adakah pelajar ini datang ke perwakilan, dan menyuarakan?
iv. Adakah perwakilan tidak menjalankan tugasnya dengan baik?
v. Bukankah mereka tempat kamu semua menerima maklumat?
vi. Bukankah sudah banyak perubahan yang dilakukan oleh pihak perwakilan?
DAN
yang paling penting bagi aku
ADA KE PELAJAR YANG BISING-BISING NI JOIN AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIANJURKAN PERWAKILAN??
Kalau ada, aku pasti dia faham dengan situasi perwakilan. Tapi kalau dia kadang-kadang datang/tak pernah datang langsung, aku tak heran la kalau dia boleh berkata begitu.
Aku tak menyebelahi mana-mana pihak. Tapi aku nak tegur, sikap/nilai yang ada dalam individu itu sendiri. Tak menyokong (datang/membantu) aktiviti perwakilan.
Aku pelik, Kalau dah tahu benda tu susah, KENAPA NAK SUSAHKAN LAGI??
Cubala sokong aktiviti yang diadakan perwakilan. Kalau tak nak sokong/tak suka, jangan bising.
**Bersambung~
0 comments:
Post a Comment